Mushroom Growing Made Easy

⊆ 1:00 PM by keygenwiz | ˜ 0 comments »

IDIOT THE WISE: Mushroom Growing Made Easy

[get this widget]


KOS MINIMUM TANAM CENDAWAN

⊆ 9:54 AM by keygenwiz | ˜ 0 comments »

Biasanya anda yang nak buka perusahawan cendawan adalah dari kategori yang ber"OTAK" bukan yang ber"OTOT", jadi KENAPE HABISKAN WANG ANDA dengan mengikuti kursus menanam cendawan dengan kos yang tinggi dari RATUS hingga ke RIBUAN RM (RINGGIT). Anda kan ber"OTAK", ? so... kenape tak buat semuanya sendiri dengan mencuba dulu secara kecil-kecilan. Memang ada yang berjaya memasuki bidang perusahaan ini secara "MEGA PROJEK" terus, memang ada tetapi kan lebih baik mencari maklumat dari INTERNET yang sangat banyak dan mendalam, detail lagi siap dengan gambar tak perlu buang DUIT!!!.

JANGAN MEMPERBODOHKAN DIRI BERKURSUS! Anda berakal banyak cara nak cari ilmu, ilmu tidak penting sangat TETAPI pengalaman (amalan) itu yang penting, beramal dengan ilmu walau sedikit yang anda dapat dari internet. Nak buka perusahaan cendawan tak perlu modal besar atau menggunakan teknologi tinggi, cuba pikir sikit... cendawan tu boleh tumbuh atas batang kayu buruk, busut sajakan malah atas padang rumput pun adakan? so... kenape nak disteril (nyah kuman) kulat tu ada antibodi melawan kumannya sendiri malah sistemnya lebih kuat dari manusia.

Disini disertakan pautan untuk mendalami ilmu asas menanam cendawan, baca, faham dan BUAT IKUT CARA YANG PALING MUDAH, MURAH, DAN KALAU BOLEH TANPA KOS. INGAT, MUDAH MURAH DAN TANPA KOS, Woi, jangan salah paham plak TENAGA TU PERLU, TIADA KOS PERLU TENAGA PLAK LE. PENTING LAGI KENA TAU BAHASA MELAYU dan ENGLISH untuk bacaan le!!!

LINK : http://www.kalyx.com/catalog/agar.htm

Anda diberi satu link, klik pautan ini dan "GUNA" OTAK anda untuk explore bagi pengetahuan yang lebih mendalam sehingga peringkat tertinggi. RISIKO tanam cendawan ni memang ada tapi jangan takut sebab "TANPA KOS". Memang ide ni kelihatan GILA SIKIT dan MEMANG GILA tapi, ikut kaedah aku ni, SAVE DUIT BEB!!! :

1. BINA BANGSAL > cari kayu dari hutan belakang rumah kamu. Sape yang dok gua musang, kelantan atau dalam hutan pahang senang je ni!!! Pastu guna paku le. Buat bangsal/rumah cendawan sendiri. Contoh bangsal nye mane? Bodoh betul le guna otak le, ada mulut bertanya pada yang pandei le ? Bodoh betul le kau ni...

2. KLON CENDAWAN . sedia bekas kalau boleh yang bekas jam nanas dsb yang terpakai, masak agar-agar 1 paket agar-agar cuma 70 sen saja. INGAT TANPA KOS. Curah dalam botol. bubuh agar-agar. Hah, jadik le.

3. PINDAH KLON DI AGAR-AGAR TADI KE BUTIRAN - guna beras je, masak beras separuh masak jangan masak habis kalau betul-betul masak kau makan je dengan budu atau cincalok ke kicap pun sodap! Bubuh le beras separuh masak tadi dalam botol lain. Pastu bubuh klon cendawan tadi. Ha!!! dah siap "grain prep" kau sedia dipidah ke medium penanaman. SENANGKAN ?

4. MEDIUM > sedia habuk kayu getah halus (kau minta sikit di kilang kayu getah). Masak guna dapur gas le. Sampai mendidih. Pastu keringkan (TOSKAN). Isi plak dalam bekas plastik. Buat lubang sikit untuk suntik benih dekat (3) tadi.

5. SUNTIK BENIH > guna sudu masukkan beras yang telah diperam paling kurang seminggu dan pastikan klon benih kelihatan, kalau tak ada klonnya kau kena klon semula la tu!!

6. ERAM . selama minimum 32 hari hingga 60 hari.

7. HASIL . kau lihat! tak perlu guna banyak perlatan "MAKMAL SAINS" untuk buat penanaman cendawan.

Kalau kau orang masih tak paham, baca dan pikir sekali masa kau baca link yang aku bagi, compare le dengan cara mudah murah aku ni. SELAMAT MENJADI USAHAWAN CENDAWAN BERJAYA. ArioS!!!

[get this widget]


Proses Penanaman Cendawan

⊆ 8:14 AM by keygenwiz | ˜ 0 comments »

1.PENYEDIAAN BEG CENDAWAN
Bahan/Peralatan:

Habuk Kayu Getah
Dedak Halus
Kapur Pertanian
Beg Plastik (tahan panas, saiz 8.5cm x 35cm)
Gegelang PVC (panjang 2-3cm, garis pusat 3cm)
Kapas/Surat Khabar Lama + Getah Pengikat
Cara:
1. Gaulkan habuk kayu getah, dedak dan kapur pertanian pada kadar 100:10:1
2. Campurkan air sehingga campuran habuk kayu lembab dan apabila dikepal tidak berderai.
3. Masukkan campuran habuk kayu getah ke dalam beg plastik dan hentak sehingga padat.
4. Pasangkan gegelang PVC dan tutup dengan penyumbat kapas atau ditutup dengan kertas
5. Surat khabar lama dan diikat dengan getah.
2. PENGUKUSAN BEG CENDAWAN
Bahan/Peralatan:
Tong Drum,Set Dapur Gas
Cara:
1. Letakkan lapik (dari bata atau kayu dan dawai jaring) ke dalam tong drum setinggi 20cm.
2. Isikan air ke dalam tong drum bawah sedikit daripada pelapik tadi.
3. Susun menegak beg-beg cendawan yang telah siap ke dalam tong drum dan tutup rapat.
4. Kukus 5-6 jam.
5. Sejukkan sebelum disuntik benih.
3. PENYUNTIKAN BENIH
Bahan/Peralatan:
Benih Cendawan
Pencungkil Benih

1. Penyuntikan benih ini hendaklah dilakukan di dalam keadaan bersih.
2. Hancurkan benih cendawan dengan pencungkil.
3. Buka mulut beg cendawan dan masukkan benih cendawan sebanyak satu sudu besar dan tutup kembali mulut beg cendawan.
3. Susun beg cendawan secara menegak di tempat yang redup dan sejuk (terlindung dari cahaya matahari)
5. Biarkan maisiliam tumbuh hingga memenuhi keseluruh beg cendawan (30-40 hari selepas disuntik benih).
5.MEMUNGUT HASIL1. Setelah maisilium memenuhi keseluruh beg cendawan, susunkan ke atas rak dengan cara merebahkannya.
2. Buka mulut beg cendawan dan tunggu hingga hasil pertama keluar (2-4 hari selepas dibuka).
3. Sembur air dengan percikan yang halus pada waktu pagi dan petang untuk meninggikan kelembapan dan merendahkan suhu.
5. Pungut cendawan yang telah berkembang sebelum tepi kelilingnya menjadi berombak-ombak.
7. Tutup kembali beg cendawan yang telah dipungut hasil dan tunggu hingga 7-10 hari untuk dibuka kembali.
4. PENJAGAAN BEG CENDAWAN SEDIATUAI

1.Baringkan beg cendawan di tempat yang lembab dan teduh.
2.Rehatkan 7-10 hari, sambil itu siram bahagian luar beg,jika keadaan cuaca kering an panas.
3.Setelah 7-10 hari buka penutup beg cendawan dan biarkan 2-3 hari untuk pengeluaran hasilyang pertama. Jangan siram atau sembur air pada cendawan-cendawan kecil yang baru tumbuh. Biarkan ia membesar sehingga cukup mengembang (sebelum tepi cendawan berombak).
7.Petik cendawan dengan cara menarik keluar kesemua rumpun cendawan.
8.Bersihkan bahagian mulut beg cendawan dan sembur sedikit air. Tutup semula mulut beg cendawan.
9.Rehatkan selama 10 hari dan jalankan penjagaan seperti no.2 dan seterusnya.
10.Hasil boleh dipungut sebanyak 5-6 kali bagi setiap beg cendawan.
11.Beg-beg cendawan yang hendak dibuang boleh juga dipecah-pecahkan dan ditabur sekeliling pokok sebagai baja organan.
*** Untuk lebih faham (penjelasan dengan gambar goto :

SINI atau www.smksagm.edu.my

[get this widget]


Episode 1: Cendawan Tiram

⊆ 12:42 PM by keygenwiz | ˜ 0 comments »


Pleurotus ostreatus yang juga dikenali orang ramai sebagai cendawan tiram atau cendawan tiram pokok merupakan salah satu fungi Basidiomycota yang boleh dimakan dan kebanyakannya ditanam di Asia sejak dahulu kala dan kini ia ditanam secara komersial di seluruh dunia sebagai makanan. Cendawan ini mempunyai persamaan dengan kulat Pleurotus eryngii. Cendawan tiram juga digunakan dalam industri bagi tujuan micoremediasi (mycoremediation). Cendawan tiram sering digunakan dalam masakan China dan Jepun sebagai makanan istimewa dan sedap dimakan bersama kicap.
Nama Pleurotus ostreatus berasal dari bahasa Latin. Perkataan pleurotus merujuk kepada pertumbuhan sisi batang pokok manakala ostreatus merujuk kepada bentuk pileus. Sesetengah orang mempercayai nama tersebut dipetik daripada sejenis kerang-kerangan iaitu tiram (oyster) kerana perisanya yang agak sama.
Pleurotus ostreatus juga dikenali sebagai píng gū (平菇) di negara China yang bermaksud "cendawan datar". Cendawan ini juga mempunyai bau seperti pokok jintan manis kerana kehadiran sejenis kimia iaitu benzaldehid.
Cendawan tiram banyak didapati dalam hutan beriklim hawa sederhana dan subtropika di seluruh dunia. Cendawan ini merupakan sejenis saprofit yang bertindak sebagai pengurai utama kayu.
Cendawan tiram merupakan sumber semulajadi dadah statin. Kajian mendapati ia mengandungi lebih kurang 0.4% hingga 2.7% statin berdasarkan berat kering. Selain itu, kajian makmal ke atas haiwan menunjukkan bahawa penambahan kulat yang tergolong dalam genus Pleurotus dalam diet dapat mengurangkan kolesterol dalam sesetengah keadaan.
Cendawan ini juga salah satu cendawan maging kerana terdapat struktur yang dikenali sebagai mycelia yang bertujuan membunuh dan mencerna cacing gelang. Ini dipercayai cara untuk memperoleh nitrogen.
Cendawan ini mengandungi kandungan kecil arabitol yang menyebabkan kesakitan gastrousus pada sesetengah orang. Arabitol merupakan alkohol gula yang sepunya dengan xylitol, manitol dan sorbitol di mana digunakan secara meluas sebagai bahan tambahan dalam makanan.

Link:
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/entrez/query.fcgi?cmd=Retrieve&db=PubMed&list_uids=8810086&dopt=Abstract
http://www.themushroomco.com/
http://www.mushroominfo.com/?action=76


[get this widget]